DEWI MUTIARA SARI 015/SAT

Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pe1ajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan.
Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok ' yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina di sekelilingnya.

Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris ( 1824-1957 ). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan.
Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah " serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang pendidikan vernacular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran Inggeris 1816.
Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar melayu hanya sekadar melepas ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar – pembesar tempatan. Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau batasan-batasan yang konkrit. Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen (benovelent welfare policy).
Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja.Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut maka wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al system) sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk.

Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalangan penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang Sumbang ini telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka.

Pendidikan Awal
1.      Pendidikan Melayu
Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira(3M). Pendidikan Melayu diadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah menengah Inggeris di bandar.
Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad.
Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat melayu. Pada awal abad ke 20), bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi, sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-guru melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura.
Pada tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-guru sekolah melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telah ditubuhkan. Kemudian penubuhan terhadap Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pad a tahun 1935. Jelaslah di sini ,dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri. Orang-orang Melayu tidak digalakkan ke Bandar, cuba memisahkan orang melayu daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian.

2.      Pendidikan Arab Dan Agama
Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak melayu ialah sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini dikendalikan secara tidak formal dan kurikulumnya menekankan pengajaranQuran serta pendidikan moral dan kerohanian. Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab dan Agama telah muncul di merata-rata tempat di semenanjung Tanah Melayu terutama di negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

3.      Pendidikan Cina
Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal social kaum pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah-sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing.masing tanpa bantuan daripada lnggeris hinggalah tahun 1920-an se1aras dengan tradisi mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti bangsa masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal abad ke 19. Keadaan ini serupa di Sabah dan Serawak.
Dasar tidak campur tangan lnggeris dalam pendidikan vernakular menyebabkan perkembangan politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem pendidikan masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah Dan Sarawak. Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-guru juga dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan pengetahuan dalam bidanrg 3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan dan pengetahuan am.
Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan. Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang- undang pada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuannya untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti sekolah ini.
Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Pada amnya, guru-ruru di sekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah selepas perang Dunia Kedua apabila program latihan kelas formal telah diadakan. Dasar pentadbiran Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung mewujudkan jurang pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina.

4.      Pendidikan Tamil
Sekolah-sekolah Tamil didirikan di lading-ladang getah yang sebahagian besar kaum keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina, sekolah Tamil juga didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri. Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak memberi bantuan sama ada dari segi fizikal, kewangan dan pedagogi.
Oleh itu sekolah – sekolah Tamil yang didirikan di ladang – ladang getah menghadapi beberapa kekurangan dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan pedagogi. Sekolah ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul- de- suc iaitu sebahagian besar pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar.
Pada tahun 1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang undang-undang. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu majikan ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja mereka. Mubaligh kristian juga banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan Tamil. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta buku -buku teks telah dibawa masuk dari India. Kurikulumnya nya menegaskan pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca, mengira,dan menulis karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal hygiene)sebelum perang dunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3 tahun telah dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil.
Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad di peringkat rendah sahaja.. Dasar pemerintahan Inggeris terhadap perkembangan pembangunan sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan di antara tiga kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina,dan India.
5.      Pendidikan Inggeris
Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila penang Free School ditubuhkan pada tahun 1816 . Pada pertengahan abad ke 19, mubaligh kristian membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris. Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan – kawasan bandar dengan bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulumnya bercorak Kurikulum ber grammar School of Great Britain dengan tujuan mengeluarkan pegawai – pegawai tadbir rendah bagi memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British.
Pendidikan di sekolah-sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan di Raffles College, Singapura. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun 1912, namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical College. Raffles College yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan kursus-kursus dalam bidang Sastera dan Sains.

6.      Pendidikan Zaman Jepun.
Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945), negeri-negeri yang menganggotai Malaysia telah diduduki oleh tentera Jepun. Perkembangan ini memberi perubahan kepada sistem pendidikan di Semenanjung Malaysia.
Dasar pelajaran di bawah pemerintahan tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah venakular Melayu dan Tamil diteruskan seperti sebelumnya tetapi menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta berorientasikan negeri Jepun. Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi mengantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran Nippon-Go, lagu rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan di dalam kurikulum sekolah rendah. Pendidikan menengah telah diberhentikan dan sebagai gantinya telah ditubuhkan beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk pengajian telekomunikasi, "maritim", perikanan, pertanian dan pembinaan.
Beberapa bangunan sekolah di Bandar-bandar digunakan sebagai berek, setor, pusat perniagaan dan ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun. Guru-guru tempatan diberi latihan tambahan untuk mengajar bahasa Jepun.Kelas-kelas bahasa Jepun juga diadakan untuk orang dewasa di beberapa tempat seperti di kelab dan persatuan. Suratkhabar juga mempunyai ruangan khas bagi pengajaran Bahasa Jepun. Pendidikan pactazaman pemerintahan Jepun tidak mempunyai satu falsafah untuk tujuan perpaduan rakyat dan membentuk identiti Kebangsaan.

7.      Perkembangan pembangunan pendidikan awal merdeka
Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan negara jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah Melayu sebagai tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan kaum tentang pendidikan.
Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan di sekolah – sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan pelajaran, Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu sebuahjawatankuasa Barnes, Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951,dan mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil akan ditukar secara beransur- ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan memperkenalkan aliran Kebangsaan.
Cadangan tersebu ditentang hebat oleh orang Cina.Laporan Fenn Wu, memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan Sekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu , Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah mengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnya menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Cina dijadikan bahasa pengantar.
Daftar Pustaka:
Rohman,Arif.2010.Pendidikan Komparatif.Yogyakarta:LaksBang Mediatama

Post a Comment

 
Top